Pelaksana Fakultas Ilmu Budaya (FIB) Unhas Makassar atas kerjasama Universitas Hasanuddin Indonesia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia

Jumat, 01 April 2011

Melayu itu Tao?

Seorang semiolog yang menekuni studi tentang sifat metafisis karakter Cina (Chinese Characters) sekaligus seorang yang pernah mengkaji alam pemikiran Islam Liu Zhi.  Adalah Tee Boon Chuan kini sebagai Assistant Professor, Institute of Chinese Studies, University of Tunku Abdul Rahman Malaysia. Kertas kerja yang akan dibentang dalam seminar ini adalah Melayu itu Tao? (suatu penelaahan pensejarahan Melayu)                       
Tee Boon Chuan
Alumni Institute of Philosophy, NCU, TAIWAN, ini akan mengurai hubungan Melayu dan Taoisme yang diakuinya masih dalam polemik khususnya dalam bidang bandingan falsafah. ‘Melayu’ menurut pengertian falsafah merujuk kepada sifat perilaku manusia yang melayukan diri (dan bukannya membesarkan diri) mempunyai persamaan dengan falsafah ‘Te’ Taoisme iaitu falsafah sifat wujud yang senantiasa melembutkan diri. Katanya melalui email. Makalah ini bertujuan untuk menelaah polemik tersebut dengan maklumat-maklumat ‘Melayu’ bersumberkan naskah-naskah kuno sejarah Melayu antara lain: Hikayat Raja-Raja Pasai (Sumatera), Hikayat Merong Mahawangsa (Semenanjung Malaysia) dan Hikayat Banjar dan Kota Waringin (Kalimantan). Dengan erti kata, hubungan Melayu dan Taoisme akan ditelaah dan dirumuskan menurut kaca mata baru iaitu pensejarahan Melayu sepanjang makalah ini.
Tiga tulisan beliau terakhir adalah masing-masing 1)  鄭文泉,<當代新儒學在東南亞的發展問題>,韓國《儒教文化研究(國際版)》,第十五輯(20112月),第219-260頁。The Problem of Disseminating Contemporary Neo-Confucianism in Southeast  Asia’, Journal of Confucian Philosophy and Culture: The International Edition, vol. 15 (February  2011), pp. 219-260., 2) ‘Benarkah “Melayu” Bangsa Taoisme Menurut Pengertian Adat Raja-Raja Melayu (1779M)?’, Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, jil. 2, bil. 1 (Dec 2010): 165-176, dan 3) ‘Sanzi Jing: Syair Asuhan Anak-Anak Cina’, Jurnal Terjemahan Alam dan Tamadun Melayu, vol 1 (Dec 2009): 171-183.(fr)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.