Pelaksana Fakultas Ilmu Budaya (FIB) Unhas Makassar atas kerjasama Universitas Hasanuddin Indonesia dengan Universiti Kebangsaan Malaysia

Kamis, 05 Mei 2011

Sejarah Sosial dan Ekonomi zaman kolonialisme dan Pasca Kolonialisme di Asia Tenggara dan Malaysia

Nordin Hussin
Nordin Hussin: Sejarah Sosial dan Ekonomi zaman kolonialisme dan Pasca Kolonialisme di Asia Tenggara dan Malaysia
Sejarah awal pendidikan tinggi yang dilalui oleh Nordin Hussin bermula dari Jabatan Sejarah, Universiti Malaya. Selama tiga tahun menuntut di Universiti Malaya beliau telah mempelajari tiga bidang sejarah yang utama iaitu Sejarah Sosial, Ekonomi dan Politik. Ketiga-tiga bidang utama ini telah dapat digarap oleh beliau dengan sempurna sehinggalah beliau telah menerima kejayaan yang tertinggi iaitu keputusan yang cemerlang semasa tahun kedua dan pelajar terbaik Jabatan Sejarah pada tahun akhir. Walaupun beliau amat meminati ketiga-tiga bidang Sejarah ini tetapi bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi merupakan bidang yang telah digilap olehnya semenjak di Universiti Malaya. Ia bermula dengan kajiannya mengenai pergerakan koperasi yang telah membawanya kepada kejayaan yang cemerlang di peringkat ijazah pertama.
Setelah itu beliau telah melanjutkan pengajiannya diperingkat sarjana di England dengan mengkhusus lagi dalam bidang Sejarah Eropah di Universiti of East Anglia. Di university ini beliau telah membuat penghkususan dalam sejarah Eropah dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi Eropah pada zaman Kolonialisma dan Imperialisma. Di peringkat ini beliau telah membuat  penyelidikan dan menulis sebuah kajian mengenai era kolonialisme Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Kesan kolonialisme barat terhadap masyarakat di Asia Tenggara serta peperangan Dunia Kedua yang telah memisahkan seorang kanak-kanak Belanda di Indonesia daripada keluarga Belanda telah mencetuskan permasalahan serta peristiwa yang bersejarah. Kanak-kanak Belanda tersebut telah di besarkan oleh keluarga Islam dan berpindah ke Trengganu dan akhirnya ditemui semula oleh seorang pegawai Inggeris lalu melapurkannya kepada keluarga Belandanya di Holland. Kesannya telah membawa permasalahan perundangan serta konflik keagamaan serta membawa kepada perasaan ketegangan serta kekacauan. Kajian yang dilakukan oleh beliau ini merupakan kajian pertama yang telah dilakukan oleh sejarawan mengenai permasalahan keagamaan serta perundangan serta keselamatan kuasa Belanda dan Inggeris di Asia Tenggara pada ketika itu. Masalah-masalah daripada kesan kolonialisme terhadap masyarakat pribumi seperti keagamaan, keselamatan, kepolisian, ancaman komunisme, perkauman, serta sosial merupakan isu-isu yang dibincangkan dalam kajian yang telah dilakukan olehnya begitu juga selepas beliau mendapat pendidikan di peringkat sarjana.
Namun yang paling membangakan sekali ialah apabila beliau merupakan sejarawan pertama di Malaysia yang telah membongkar khazanah sumber Belanda yang selama ini tersimpan di arkib Belanda. Penyelidikan dan kajian beliau yang dilakukan semasa menuntut di Universiti Amsterdam, Holland, mengenai masyarakat di kota pelabuhan kolonial serta perkembangan perdagangan dan ekonomi di bandar pelabuhan di Selat Melaka merupakan pemecahan kepada zaman gelap dalam sejarah awal modern Asia Tenggara dan Sejarah Malaysia terutamanya semasa abad ke-17 dan ke-18. Penyelidikan dan kajian beliau ini juga amat bermakna kerana telah dapat memberikan gambaran tentang kehidupan masyarakat pada abad ke-17 dan ke- 18 di Selat Melaka. Ia juga telah dapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada sejarah Asia Tenggara dan sejarah Malaysia yang amat kekurangan kajian dilakukan mengenai sejarah awal modern. Kajian beliau ini telah memanangi Hadiah Buku Antarabangsa dari Universiti Leiden, Holland dan juga Anugerah Akedemi Negara. Kajian beliau ini juga telah mendapat liputan besar di dunia akademia anatarabangsa. Selepas ini penyelidikan mengenai sejarah masyarakat serta ekonomi zaman kolonialisme dan pasca kolonialisme merupakan kajian yang menjadi tumpuan beliau.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.